Rabu, Disember 23, 2009

Pahala Yang Di Terima Setelah Mati

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya:-
Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sakitnya Mati

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Lagi Petua Awet Muda

Keinginan semulajadi untuk kelihatan awet muda bukan hanya diidamkan oleh golongan wanita saja. Malah, lelaki juga turut tak terkecuali, kan? Justeru itu, saya nak tampilkan satu lagi petua untuk kelihatan awet muda serta mengekalkan keadaan itu.

Petua awet muda ni ringkas dan mudah aje. Tetapi anda mesti janji pada diri sendiri akan mengamalkannya setiap hari tanpa jemu. Ini kerana, kalau setakat kejap makan dan kejap berhenti hasilnya pasti mengecewakan anda kelak. :(

Apa yang perlu anda amalkan ialah memakan pucuk cekur. Jadikannya sebagai ulam-ulaman sama ada ketika makan nasi di waktu tengahari mahupun malam.

Itu saja petuanya. Mudah-mudahan anda dapat mengamalkannya jika ingin kelihatan muda selalu. Maklumlah, cekur ni merupakan salah satu ulam yang kurang digemari oleh masyarakat kita. Tapi percayalah, ia dah terbukti mempunyai khasiat tersendiri. :)

Selamat Mencuba!

Bilakah Masa Yang Paling Baik Untuk Minum?

Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?

* Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. Tetapi air di sini adalah AIR MASAK! Jangan salah faham pulak yer.

Baiklah, berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus untuk minum air?
Minumlah air secukupnya...

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? Bila anda minum air masak? Lepas makan? Adakah masa minum itu sesuai?

Rahsia Tahi Lalat

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

* bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
* bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
* bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
* bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
* leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
* leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
* leher di tengah - tercapai cita-cita
* biji mata kanan - suka serong dan pembohong
* biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
* hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
* hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
* betis kanan - suka berhibur, boros
* betis ! kiri - rajin,tidak suka menganggur
* lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
* lutut kiri - kurang kuat berusaha
* kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
* kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
* kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
* kening kanan - cerdas dan cekap
* kening kiri - cerdas, sopan santun
* tengah kening - keras hati, berani segala hal
* hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
* hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
* ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
* ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
* pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
* pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
* batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
* pada hidung - banyak rezeki
* dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
* dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
* kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
* di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
* tumit kanan - jujur dan banyak kawan
* tumit kiri - baik budi
* alis kanan suka - menolong, baik hati
* alis kiri - ramai yang suka
* pangkal peha kanan - kemahuan kuat
* pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
* telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
* jari kaki kanan - suka menolong
* jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
* bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
* bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
* lengan kanan - setia dan taat pada atasan
* lengan kiri - menepati janji dan rajin
* pipi kanan - ramai teman
* tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
* tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
* ubun-ubun - kurang jujur
* pusat - cerdas, tangkas, tekun
* pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
* pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
* pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
* pinggang kiri - disayang pasangan hidup
* dada kanan - dapat mengatasi masalah
* dada kiri - berani, jujur dan sabar
* telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
* telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
* siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
* siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
* jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
* jari tangan kiri - serba baik bekerja
* jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
* jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
* perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
* perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
* sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
* sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
* sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
* pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
* pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
* kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,berjaya
* kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
* kelopak mata kanan bawah - agak malas
* kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Selasa, Disember 22, 2009

Petua Mencantikkan Bibir

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?

Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Saya cuba mengetengahkan satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.

Caranya begini;
1. Ambil sedikit saja mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda.
2. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur.
Itu saja. :)

Anda amalkanlah petua bibir ni sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.

Selamat Mencuba!

Ahad, Disember 20, 2009

3 Surah Amalan Pada Waktu Malam



Sempena menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah, saya tujukan tulisan ini khusus buat anda yang beragama Islam. Iaitu berkenaan 3 surah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW agar anda membacanya setiap malam. Surah yang dimaksudkan adalah Surah Yasin, Surah Al Mulk dan juga Surah Al Waqiah.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ini kerana, ketiga-tiga surah ini mengandungi ayat-ayat yang mengajak manusia menginsafi akan keagungan Allah dan segala ciptaan-Nya di samping sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya.

Malah, ia juga mengandungi khabar gembira dan khabar duka mengenai keadaan di syurga mahupun neraka.


Sebenarnya, membaca setiap surah yang dinyatakan kat atas mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, dengan membaca Surah Al Mulk ni dapat menghindarkan diri anda daripada azab kubur serta akan memperolehi pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda.


Mengenai Surah Al Waqiah pula, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan mengenainya"

- Riwayat Al-Baihaqi, dari Abdullah bin Mas'ud

Walaubagaimanapun, kalau anda tak mampu nak membaca kesemuanya sekaligus, memadailah dengan membaca salah satu daripadanya.


Mudah-mudahan, dengan mengamalkan bacaan 3 surah ini setiap malam bermula tahun baru ni dapat menambahbaik diri anda dan saya berbanding tahun lepas.