Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 02, 2009

Kuih Bakar Pandan




  • 3 senduk tepung gandum

  • 3 senduk gula pasir

  • 4 biji telur ayam

  • 1/2 sudu kecil garam

  • sedikit pewarna hijau

  • esen vanila

  • 5 helai daun pandan

Cara membuatnya ;


Blender pandan bersama air kemudian tapis ambil airnya ketepikan sebentar. Ambil mangkuk besar pecahkan telur ke dalamnya masukkan gula dan garam kacau hingga kembang/sebati. Masukkan pula tepung, esen vanila, pewarna hijau dan air pandan dan kacau lagi. Untuk lebih sebati dan hancur masukkan adunan tadi ke dalam blender berserta secawan air dan blend 2-3 minit. (Adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair). Setelah itu tuang adunan kedalam acuan pembakar. (Sebelum itu acuan hendaklah disapukan minyak masak/sapi untuk memudahkan keluar dari acuan apabila telah masak). Bakar dengan menggunakan api yang kecil selama 1 jam agar adunan masak sempurna dan tidak hangus bahagian bawahnya.


Sabtu, April 11, 2009

Buah Rotan

Bahan-bahannya:
  • 1 kampit tepung pulut
  • 6 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu garam
  • secawan air
  • 500 gram Bijan (topping)

Cara membuatnya:

Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan garam kemudian pukul hingga kembang, kemudian masukkan gula halus dan pukul lagi.

Setelah itu masukkan tepung pulut, uli hingga lembut (sekiranya agak keras maka masukkan sedikit air untuk melembutkannya).

Adunan yang telah siap bolehlah digentel kecil dan di gaulkan kedalam bijan

Akhir sekali, gorengkan dalam minyak panas yang penuh sehingga kekuningan.