Khamis, April 30, 2009

Pelbagai petua

Ayam Goreng Rangup;
Kalau terasa nak makan ayam goreng rangup macam KFC tetapi malas nak ke KFC ada caranya, mula-mula bersihkan ayam yang dipotong 12 bahgian kemudian sapukan  kunyit dan garam rata-rata (kunyit dan garam ni mestilah ditumbuk dahulu ye, macam nak goreng ikan jugak le). Panaskan kuali dengan minyak yang banyak (deep fry). Bila minyak masak sudah cukup panas barulah masukkan ayam yang telah disalut tersebut dan masukkan juga 1 1/2 sudu cuka. Goreng sehingga garing (kuning keemasan), Toskan dan sedia untuk dimakan.

Bau hangit nasi menjadi harum dan enak;
Sekiranya anda masih lagi menggunakan dapur gas untuk menanak nasi, pastinya anda pernah mengalami masalah nasi hangit (mungkin terlupa nak matikan api kerana urusan lain). Oleh yang demikian sekiranya anda mengalami masalah ni, anda hanya perlu memasukkan beberapa helai daun limau purut yang telah dicarik-carikkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula serta biarkan buat seketika...hasilnya nasi anda akan berbau harum.

::selamat mencuba.

Rabu, April 29, 2009

Kurangkan rasa masin pada ikan masin



Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa nak kurangkan rasa masin dari Ikan Masin pulak?
sebabnya kadang-kadang rasa masin yang terlampau dari ikan masin tersebut akan menyebabkan hilang selera untuk memakannya..oleh yang demikian cuba rendam ikan masin tersebut ke dalam air berserta sesudu garam, biarkan selama lebih kurang 30 minit...hasilnya ikan masin tersebut akan kurang masinnya.

Ahad, April 19, 2009

Lemak Oh Lemak

Cairkan Lemak di Badan

Lemak yang terbuku di badan wanita selalunya membuatkan wanita tidak selesa. Antara cara untuk membuang lemak didalam badan ialah ;

1. Rebus 3 batang serai bersama 2 cawan air sehingga mendidih, tinggal anggaran 1 cawan air
2. Setelah air rebusan agak suam-suam kuku bolehlah diminum pagi dan petang.



Buang Lemak Di Pangkal Paha


1. Ambil 1 sudu bunga cengkih direbus bersama 2 cawan air
2. Rebus sehingga mendidih dan sedikit pekat
3. Sejukkan dan bolehlah diminum

Mencuci bekas blender

Cara paling mudah mencuci blender setelah mengisar lada/kunyit adalah dengan menggunakan kulit telur. Caranya:

  1. Masukkan kulit telur berserta sedikit air kedalam bekas blender yang telah kita gunakan tadi
  2. Kisar pada kelajuan sederhana sehingga kulit telur tersebut hancur
  3. Cuci seperti biasa bekas blender tersebut dengan air paip tanpa perlu memberusnya
  4. Hasilnya bekas blender akan bersih tanpa ada kesan lada tadi.

:: kulit telur yang telah hancur tadi boleh digunakan pula untuk mencuci botol susu atau bekas minuman yang lain

Sabtu, April 11, 2009

Buah Rotan

Bahan-bahannya:
  • 1 kampit tepung pulut
  • 6 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu garam
  • secawan air
  • 500 gram Bijan (topping)

Cara membuatnya:

Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan garam kemudian pukul hingga kembang, kemudian masukkan gula halus dan pukul lagi.

Setelah itu masukkan tepung pulut, uli hingga lembut (sekiranya agak keras maka masukkan sedikit air untuk melembutkannya).

Adunan yang telah siap bolehlah digentel kecil dan di gaulkan kedalam bijan

Akhir sekali, gorengkan dalam minyak panas yang penuh sehingga kekuningan.