Memaparkan catatan dengan label Petua Pak Tua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Pak Tua. Papar semua catatan

Rabu, Disember 23, 2009

Lagi Petua Awet Muda

Keinginan semulajadi untuk kelihatan awet muda bukan hanya diidamkan oleh golongan wanita saja. Malah, lelaki juga turut tak terkecuali, kan? Justeru itu, saya nak tampilkan satu lagi petua untuk kelihatan awet muda serta mengekalkan keadaan itu.

Petua awet muda ni ringkas dan mudah aje. Tetapi anda mesti janji pada diri sendiri akan mengamalkannya setiap hari tanpa jemu. Ini kerana, kalau setakat kejap makan dan kejap berhenti hasilnya pasti mengecewakan anda kelak. :(

Apa yang perlu anda amalkan ialah memakan pucuk cekur. Jadikannya sebagai ulam-ulaman sama ada ketika makan nasi di waktu tengahari mahupun malam.

Itu saja petuanya. Mudah-mudahan anda dapat mengamalkannya jika ingin kelihatan muda selalu. Maklumlah, cekur ni merupakan salah satu ulam yang kurang digemari oleh masyarakat kita. Tapi percayalah, ia dah terbukti mempunyai khasiat tersendiri. :)

Selamat Mencuba!

Selasa, Disember 22, 2009

Petua Mencantikkan Bibir

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?

Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Saya cuba mengetengahkan satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.

Caranya begini;
1. Ambil sedikit saja mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda.
2. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur.
Itu saja. :)

Anda amalkanlah petua bibir ni sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.

Selamat Mencuba!

Khamis, April 30, 2009

Pelbagai petua

Ayam Goreng Rangup;
Kalau terasa nak makan ayam goreng rangup macam KFC tetapi malas nak ke KFC ada caranya, mula-mula bersihkan ayam yang dipotong 12 bahgian kemudian sapukan  kunyit dan garam rata-rata (kunyit dan garam ni mestilah ditumbuk dahulu ye, macam nak goreng ikan jugak le). Panaskan kuali dengan minyak yang banyak (deep fry). Bila minyak masak sudah cukup panas barulah masukkan ayam yang telah disalut tersebut dan masukkan juga 1 1/2 sudu cuka. Goreng sehingga garing (kuning keemasan), Toskan dan sedia untuk dimakan.

Bau hangit nasi menjadi harum dan enak;
Sekiranya anda masih lagi menggunakan dapur gas untuk menanak nasi, pastinya anda pernah mengalami masalah nasi hangit (mungkin terlupa nak matikan api kerana urusan lain). Oleh yang demikian sekiranya anda mengalami masalah ni, anda hanya perlu memasukkan beberapa helai daun limau purut yang telah dicarik-carikkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula serta biarkan buat seketika...hasilnya nasi anda akan berbau harum.

::selamat mencuba.

Rabu, April 29, 2009

Kurangkan rasa masin pada ikan masin



Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa nak kurangkan rasa masin dari Ikan Masin pulak?
sebabnya kadang-kadang rasa masin yang terlampau dari ikan masin tersebut akan menyebabkan hilang selera untuk memakannya..oleh yang demikian cuba rendam ikan masin tersebut ke dalam air berserta sesudu garam, biarkan selama lebih kurang 30 minit...hasilnya ikan masin tersebut akan kurang masinnya.

Ahad, April 19, 2009

Lemak Oh Lemak

Cairkan Lemak di Badan

Lemak yang terbuku di badan wanita selalunya membuatkan wanita tidak selesa. Antara cara untuk membuang lemak didalam badan ialah ;

1. Rebus 3 batang serai bersama 2 cawan air sehingga mendidih, tinggal anggaran 1 cawan air
2. Setelah air rebusan agak suam-suam kuku bolehlah diminum pagi dan petang.



Buang Lemak Di Pangkal Paha


1. Ambil 1 sudu bunga cengkih direbus bersama 2 cawan air
2. Rebus sehingga mendidih dan sedikit pekat
3. Sejukkan dan bolehlah diminum

Mencuci bekas blender

Cara paling mudah mencuci blender setelah mengisar lada/kunyit adalah dengan menggunakan kulit telur. Caranya:

  1. Masukkan kulit telur berserta sedikit air kedalam bekas blender yang telah kita gunakan tadi
  2. Kisar pada kelajuan sederhana sehingga kulit telur tersebut hancur
  3. Cuci seperti biasa bekas blender tersebut dengan air paip tanpa perlu memberusnya
  4. Hasilnya bekas blender akan bersih tanpa ada kesan lada tadi.

:: kulit telur yang telah hancur tadi boleh digunakan pula untuk mencuci botol susu atau bekas minuman yang lain